Tuesday 20 August 2013

one step move


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
one step move.
baitul muslim.

oh, not me.
abang aidil.

sebenarnya since raya lepas nak post entry ni.
tapi, bila update isu mesir.
serius! rasa nak fokus and nak tau perkembangan terkini.
tak fikir blog dah.
ayuh, tembakan doa dan qunut nazilah untuk saudara kita!

ok, kembali pada one step move.
setelah sekian lama pernikahan abg aidil.
raya ke empat lepas berlansunglah majlis walimah belah perempuan.
bertempat di sg. petani, kedah.
hu, memang jauh.
pakat2 la doakan.
minta2 nanti dapat orang dekat2 je. (ehhh O_o)

kali ni, biaq gambar yang menceritakan segalanya.
(padahal, malas nak cerita panjang kat sini)

tahun ni penuh 'kehijauan' =)


tengok akif!marah dia pakcu usik =D


cousin yang pakai shawl hitam tu, ramai kata muka kami seiras.


saat2 teakhir sebelum meninggalkan a.aidil. ;)


akif dengan nenek.


"babah aku kejam" -akif


akif mula kebosanan.



Barakalluhu fikum, semoge berkekalan hingga ke Jannah.
memandangkan masing2 berbaki 1 tahun pengajian.
konklusi.
best, kawen time blaja ni.
banyak sponsor dapat.
=)

tapi, itu hanya selingan.
hakikatnya, 'membina masjid' memerlukan keseriusan dan hubungan yang teramat intim dengan Allah.
honestly, biar Allah yang memilih pasangan kita lalu, digerakkan hati kita untuk menerima pilihanNya.



Dan mereka (orang-orang yang diredhai Allah itu) berdoa dengan berkata "Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa" 
                                                                                       -surah al-Furqan : 74

mengambil kata2 seorang sahabat.
"kalau boleh cari bakal suami seorang pejuang agama, soleh dan yang paling penting sefikrah"

MasyaAllah, wajib mulakan dengan diri sendiri dulu!
=)






♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Tuesday 13 August 2013

S.A.H.A.B.A.T.


Assalamualaikum.

S.A.H.A.B.A.T.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri"

someone say.
" i'm nothing without friends"

"sahabat cermin bagaimana peribadi kita"

ternyata, sahabat penggerak utama menuju jannah.



kita punyai ramai sahabat.

Rasulullah S.A.W. apatah lagi.
malah, Rasulullah lebih hebat dalam menyambung silaturrahim bersama sahabat2.
Saidina Abu Bakar, sahabat karib Rasulullah.
anaknya Saidatina Aishah juga dinikahkan dengan Rasulullah.
Sahabat2 nabi tegar dalam mengiringi perjuangan nabi.
jika kita menyusuri sirah baginda.
Bilal bin Rabah. tukang azan sepanjang hayat Rasulullah.
Zaid bin Harisah. setia menemani Rasulullah berdakwah di Taif sedang nabi dihina oleh penduduk Taif.
Mus'ab bin Umair. mengajarkan orang2 Ansar al-Quran, menyeru m'tauhidkan Allah kepada penduduk Madinah.
Abu Salmah bin Abdul Asad, Abdullah bin Ibnu Maktum, Saad bin Abi Waqqas, Umar bin Khattab. mereka antara orang2 yang paling awal hijrah ke Mekah, berkorban meninggalkan harta, keluarga, kampung kelahirah. demi untuk menyahut seruan dakwah Rasulullah.
Hamzah bin Abdul Mutalib, pakcik saudara Rasulullah. Sahabat nabi yang setia berjuang meninggikan kalimah ALLAH hingga syahid menjadi hadaf utama.

CLICK HERE for more life, love, friendship and inspiring quotes!

Bagaimana kita?
pertama2 kali, tanya hati kita.
siapa sahabat kita yang sebenar?
definitely!
kalau sahabat yang dimaksudkan sudah terbayang di fikiran.
itulah sahabat duniawi dan ukhrawi kita yang sebenar.

adakah aku sudah cukup menemaninya dalam perjuangan ini?
tika dia mengadu kesusahan.
sejauh mana kudrat kita membantu?
pesan seorang ukhti.
"kenal sahabat kita sedalam2nya. Andai dia mula rasa futur dan jauh dari Allah, tarik sahabat kita semula, jangan pernah biar dia keseorangan"

ayuh, kerah seluruh jiwa dan hati.
bina semula hubungan akrab bersama sahabat.
tiada siapa yang kita harapkan.
kerana sahabatlah yang benar2 dan sedia membantu.
takala diri diuji.
nasihat sahabat adalah teman tarbiyyah yang paling terkesan!


Subhanallah,
jika kita koreksi diri semula.
sejujurnya, teman sefikrah adalah penggerak utama kita selama ini.
yang setia menemani kita hingga mampu menggegarkan perubahan diri menuju mukminah sejati!
lihat! tarbiyyah dari Allah melalui sahabat2 kita!
maka, bermula dari sekarang.
bina tali ukhuwah yang kukuh dan padu bersama sahabat2.
meski sibuk sekalipun.
sekurang2nya jangan pernah tinggalkan sahabat kita.
meskipun jauh dari pandangan.
berbeza kuliah,
apatah lagi medan ilmu yang berbeza,
hanya dengan klik 'poked' di fb sahabat, 
mampu membuatkan teman anda rasa dihargai. =)


Fathin Nadhira bt Kamarudin.
Munira bt Azman.
Nabila bt Ruhni.
Nur Hidayah bt Ariff.
Hamizah Aziz Munir.
Syazwani Sujak.
Nurul Fasehah bt Suhaimi.
Wan Nur Hakima bt Wan Harun.
Wan Putri Fairuz bt Wan Kamal
Fatin Izzati bt Rosli.
Suriani bt Aris.
Nurul Syahzurianti bt Shaharudin.
ila akhir.

uhibbukum fillah!
syukran sudi menerima lalu membimbing aku di jalan tarbiyyah dan ruhiyyah ini.
Nasihat, saling mengingati dan mendokan ya!
berkasih sayang hingga ke syurga.
noktah.




♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Friday 9 August 2013

Eidulfitri


Assalamualaikum..

eeehh,
sempat lagi update blog??
Alhamdulillah..sempat lagi sementara tunggu baby Akif (nephew) balik dari kampung.
kalau dia dah sampai rumah.dah tak boleh buat benda lain,ofkos nak main2 dengan dia je..hee

Alhamdulillah Syawal dilalui dengan gembira dan sederhana sedang saudara kita di negara islam lain masih ditimpa kesempitan.

ok, cerita menjelang raya.
macam biasa melalui rutin2 yang sama.
tapi serasa tahun ni Allah beri ibrah cash pagi Syawal.
begini.
sehari sebelum raya dok sibuk basuh mangkuk2 kaca kesayangan mama.
then, lepas basuh susun kejap kat tepi2 sink tu.
datang mama, nak letak atas meja.
baru beberapa saat, 
prannkkk!
ok, pecah..
speechless kejap..
dalam hati lega, 'aku yang basuh, mama yang pecahkan'
tapi, tahu dah..mesti mama terkilan kot.
mangkuk idaman suri tu beli kat langkawi time abg alip konvo.
mahal pun satu hal gak.
haihh, memang tak bleh nak cantumkan balik.

malam tu pulak sedang mengemas untuk kali yang terakhirnya.
mama tanya 'kakak, tudung baru untuk pakai esok da basuh?'
oh, memang lupa sungguh. 'tak pe la, nanti basuh sendiri'
Alhamdulillah, dapat bangun awal pagi.
then, dengan excited nya nak sambung iron baju bujang2 kat rumah.
nak spin terus tudung tu.
rupa-rupanya mama dah basuhkan and sidai kat bilik air.
dengan gembira nak angkat tudung yang dah kering tu,
ternampak, ade kesan carik2 yang sangat banyak kat tudung tu.
yang paling terkejut dan menakutkan.
tudung tu dah koyak di carik kumbang!
sabar.
terus ingat mangkuk yang pecah.
mungkin ni la yang mama rasa.
kali ni,
'mama basuhkan tudung, aku angkat koyak pulak dicarik kumbang'

tu dia Allah bayar cash pagi raya.
insaf.

pagi tu kecoh la satu rumah.
ditambah lagi dengan hilai tawa mengejek abang aidil and adik.
aish, terima dengan hati terbuka.
at the end, terima ibrah yang Allah beri pagi raya ni.
bermaafan antara kami =)
kali ni, paling terkilan kalau mama cakap,
'nasib baik kakak ada kat rumah nak raya ni, boleh tolong mama kemas rumah.kalau tak susah mama'

wuwuwu.
dalam hati syahdu!
alahai, apa la sangat kerja2 rumah ni nak dibanding makan minum, penat lelah diaorang besarkan kita.
aku sensitif bab2 ni.
mungkin sebab anak perempuan sorang.he

doa dalam setiap hela nafas.
moga setiap wanita itu,
dipilih dan dibimbing Allah.
menjadi wanita solehah.
anak yang solehah,
and isteri yang solehah (futuristic sikit)
in sha Allah. =p
Amin..

ok, ni gambar 1 Syawal.
first time raya dengan canon 650D.
nak2 kami bukan fotogenic.
natijhnya, tak la bergambar sakan. 

tahun ni jugak first time beraya berlima.
abang alip 'gentinan' kata orang jawa nye lah.
yang bermaksud, raya bergilir belah mertua.


raya kan.ofkos, kanak2 paling hepi kalau depa tak ada.sunyi raya ^_^ 


Alhamdulillah, 
masih dapat beraya.
kunjung-mengunjung ke sana ke mari.
dengar kisah celoteh pakcik makcik.
yang baik diambil teladan.
yang kurang baik.
take it!
hadapi dengan ilmu.

Eid Mubarak semua!







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Thursday 8 August 2013

Reflection Ramadhan 2013


Assalamualaikum.

Ramadhan kareem telah kita tinggalkan.
bulan kenikmatan beribadah perlahan-perlahan.
berlalu dengan jam dan saat yang sangat cepat.

Natijahnya..
bagaimana ukuran iman kita..??
Astagfirullah.

Allah..Allah..Allah..
ya muqallibal qulub sabbit qulubana ala dinaka wa tha'atuka.


in sha Allah, 
syawal hari ini..
hari ini..
usia yang baru.
hari yang baru.
halaman buku amalan yang baru.
tajdid niat.
perbaharui mutabaah amal.

di hari ini.
kita bangun.
dengan hati yang baru.
sujud syukur dan tahmid.
sucikan hati.
cinta Allahurabbi didamba penuh kasih.

kerana.
kita hamba yang sentiasa perlukan Dia di hati.

Fastabiqul khairat.

Semoga Ramadhan yang telah berlalu dan Syawal yang datang 
membawa kita kembali kepada fitrah (Aidilfitri) seorang hamba.


check it out! =)






♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Thursday 1 August 2013

iman changers


Assalamualaikum. =)

see, cepatnya waktu berlalu.
bulan Ramadhan hampir tiba di penghujung. =I
kalau dulu masa mula2 masuk highway Ramadhan,.
fuel penuh dengan azam, semangat.
nak ibadah sungguh lillahi ta'ala.
kadang di garisan pecut.
kadang di laluan perlahan.
kadang gerak dengan sederhana.
hakikatnya, itulah keadaan iman hamba Allah ini.

semoga di penghujung highway Ramadhan nanti,
segala ibadah, dan kebajikan kita tak lepaskan di tol atau R&R sahaja.
Tapi hitung semula apa yang diusahakan.
supaya, susur keluar nanti kita mula untuk istimrar/istiqamah dengan amalan tersebut.



Iman changers.
apa yang diharapkan??
diri masing2, mesti nak bina satu perubahan.
perubahan, menghapuskan sisa2 lupus jahiliyah dalam hati.
-raise up sunnah Rasulullah in daily life.
-nak solat awal waktu.
-nak tadabbur ayat2 and surah2 dalam Al-quran.
-nak jaga akhlak sungguh2.
uhh, t'lalu banyak yang nak d'ubahkan.

Allah,
mudahkan langkah hamba2 mu ke fasa ibadah yang lebih baik.

malam2 yang hujung ini.
pasti ramai.
yang ternanti2 dan mengharapkan bertemu Lailatul Qadr.
takut dan mengharap.
takut.
berharap.
Rabb, temukan kami hamba2 Mu yang banyak khilaf ini dengan malam al-Qadr.
Maghfirah ku damba.
agar cinta dengan Mu, semakin dekat dan bertambah.
kelak, ibadah lebih penghayatan tanpa culas.
Amin.











23 Ramadhan 1434 H.
01/08/2013.
p/s: selamat tambah umur sahabat.




♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥