Sunday 31 March 2013

Saturday 30 March 2013

Pic Louder Than Words


Assalamualaikum..










Sometimes, kita memerlukan gambar untuk menambahkan kefahaman ape yang dipelajari..

Sekarang ni terlalu banyak web yang design wallpaper yang menambahkan kefahaman kite tentang agama..

e.g : facebook, Tumblr, twitter, instagram n so on.

Multimedia menurut pakcik wikipedia:

Proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.

Semua teknologi ni kalau kite guna dengan cara yg betul..

in sha Allah, kita dapat menyebarkan risalah as much as can..

jom, try2 and b'jinak2 dengan dunia multimedia..! =)

Umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh !

lyric UNIC ~menuju wawasan~





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Banner FST


Assalamualaikum..=)

sempena ulang tahun Fakulti Sains & Teknologi, Usim yang ke 10..
Dr Asyikin menetapkan mandatory each student untuk buat banner..




ok,bila upload assigment ni kt goals usim..
baru perasan,

"eh,xde ghupe banner lansong...."

hopefully Dr.Asyikin terima seadanya..
^__^

time buat ni, sehari sebelum pegi Gua Tempurung...
Aish.memang fikiran fokus nak siapkan banner fst ni..
tapi hakikatnya, jiwa da smpai gua tempurung... =) 

to all classmate, please share your first design..
mesti lagi creative design kome.. 







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Thursday 28 March 2013

T-shirt Save Gaza ♥


Assalamualaikum..
 =)

Those yg t'cari-cari kat mane nak beli t-shirt save Gaza boleh la beli pada saya.. =)



p/s : pm facebook sy =)
♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Saturday 23 March 2013

Ilmu milik Allah




Secara ringkasnya Hadis di atas ini menerangkan tentang...

Firstly, Allah akan menarik segala ilmu yang ada di kalangan manusia dengan kehilangan ulama means kematian ulama2. 

Ulama adalah wasilah dan rujukan masyarakat dalam membentuk daulah islamiyah.
jadinya, kematian ulama akan menyebabkan hilangnya pewaris untuk menghayati ilmu2 Allah, maka manusia akan kehilangan pemimpin dalam golongan ulama.

then, bilamana mereka akan memilih pemimpin dalam kalangan orang2 jahil..
sudah pasti mereka akan menyesatkan orang lain pula..



Terngiang-ngiang rasanya kata-kata cousin semalam..

"Kita ni..apalah sangat nak diharapkan dalam hidup ni..selain menuntut ilmu2 Allah.."

isk3..sangat2 terasa dengan kata2nya.. =(
terus rasa nak tajdid niat..Allahu Robbi..

memangpun, kalau ikutkan sem ni plan nak teruskan pergi ngaji kitab..
tapi cari2 macam takde je..then, bila dah join progam lain..baru dapat tau ada kelas talaqi..

di persimpangan nak pilih..

tapi bila dengar kata2 cousin semalam..and bila dengar book review dari Dr.Zulkifli al-Bakri semalam..

aiwaaa..ilmu itu perlu di cari bukan dalam kuliah semata2..
kita berada di akhiruzaman..ilmu akidah,tasawuf dll perlu dimantapkan n diperkukuhkan..
sementara masih ada yang mengajarkannya..kita perlu mendalaminya..

takut2 zaman anak cucu kita nanti..semakin berkurang ilmu2 Allah ni =(
Nauzubillah..

jom, syabab..mantapkan ilmu diri, yang jahil ni !
♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Monday 18 March 2013

Tanggungjawab melebihi masa yang ada


Assalamualaikum =)

kata As Syahid Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah..


Kadang-kadang..
kita ni kalau boleh,nak buat semua perkara dalam 1 masa..
nak siap kan assigt. or homework or muraja'ah..semua tu kalau boleh buat dalam 1 malam je.
then,settle dalam 1 masa je.

lagi best kalau dapat beribadah sungguh2 tanpa waktu yang limit..
kalau boleh, nak habiskan baca buku2, kisah2 sahabat dalam masa sehari je..
bace lect note..dalam waktu yang singkat je..
and semua ni dilakukan tanpa ada sesiapa yang ganggu..=(

tapi apakan daya,kita sentiasa bersaing dengan masa..
penat , lelah , berkejaran dengan masa..
kadang tak sedar, waktu sentiase mendahului tingkah kita..

Sahabat-sahabat..
berkejaranlah dalam mengutip sejuta lautan ilmu Allah yang Maha Luas..
teringat kata seorang Murobbi..

"sentiase harap dan sabar kepada Allah supaya diberi kefahaman dalam diri kita.."

selalu doa untuk diri kita dan orang yang mengajarkan ilmu pada kita..

اَلَّلهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Ya Allah berikanlah kefahaman yang mendalam kepadanya dalam agama

اَلَّلهُمَّ فَقِّهِّنِي فِي الدِّينِ

Ya Allah  berikanlah kefahaman yang mendalam kepada diriku dalam agama

Moge waktu dan ibadah itu seiring dalam meraih Redha Allah.. 












♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Monday 11 March 2013

Ada apa dengan SOALAN ???


Assalamualaikum,.

iyaa...ada apa dengan SOALAN??

Q.U.E.S.T.I.O.N. ?

2..3 hari ni agak kerap.. ask my self..ada apa dengan SOALAN sebenarnya?
kenapa dalam diri ni ada banyak soalan yang tergantung,..and the end, soalan tu dibiarkan and sepi tanpa jawapan.. -__-

lagi2 di kuliah,tutor,seminar, and all that related with talks..
i often faced this situation..

-malu nak bertanya.
-ada soalan nak tanya,but...suddenly,chaos.nak susun ayat.. =(
-and sometime, i ask my self "eh,tadi aku nak tanya apa ye.." -lupa..

then,lansong tak ada inisiatif nak find out and solve the answer..
then,tros berfikir.....i must change these critical problem..


Alhmdulillah Allah beri ilham..
BERSEDIA..
preparation before classes..!

memang pun, as a student prepation sangat penting..
research and study sikit sebelum masuk class, and time tu mesti akan wujud kesamaran and musykil..
so, time tu la kita kena take note..ape yang tak faham tu..then bila masuk kelas, boleh la tanya lect. apa yang tak faham tu..

conclude,boleh senyum senang hati sebab soalan dah terungkai.. =)

its a good ways than u enter the class with zero..O_O

in sha Allah..lepas ni kena lebih bersedia and berani tanya soalan.. =)








♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Saturday 9 March 2013

Penerang Hati


9. Doa Taubat


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Ya Tuhan kami, kami telah melakukan kezaliman terhadap diri kami, maka jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak merahmati kami, nescaya tergolonglah kami di kalangan orang-orang yang rugi


10. Doa untuk kebaikan akhlak

  اَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِيْ
Ya Allah, ya tuhanku, sebagaimana engkau elokkan penciptaan ku
maka elokkanlah akhlak ku



11. Doa mohon Ketabahan Hati

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Ya tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berilah kami rahmat dari sisi Mu. Sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Memberi. Wahai tuhan kami sesungguhnya Engkau penghimpun manusia di suatu hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji



12. Doa mohon Kefasihan Lidah

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِيْ يَفْقَهُوا قَوْلِيْ

Ya Tuhanku, Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah usrusanku, lepaskanlah ikatan lidahku, semoga mereka memahami percakapanku.


13. Doa memohon penyelesaian ibadah

اَللَّهُمَّ لَا تَدَعْ لَنَا فِي مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا عَيْبًا إِلَّا سَتَرْتَهُ وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا كَرْبًا إِلَّا كَشَفْتَهُ وَلَا جَاهِلًا إِلَّا عَلَّمْتَهُ ولَا ضَالًّا إِلَّا هَدَيْتَهُ وَلَا دَيْنًا إِلَّا أَدَّيْتَهُ وَلَا غَائِبًا إِلَّا رَدَدْتَهُ وَلَا مَرِيْضًا إِلَّا شَفَيْتَهُ وَلَا مَيْتًا إِلَّا رَحِمْتَهُ وَلَا حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا والْاَخِرَةُ لَكَ فِيْهَا رِضًا وَلَنَا فِيْهَا صَلَاحٌ إِلَّا قَضَيْتَهَا وَيَسَّرتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan kami di suasana ini satu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tidak juga aib kecuali Engkau tutupkan, tidak juga kesempitan kecuali Engkau lapangkan, tidak juga kesusahan melainkan Engkau buka jalan, tidak juga kebodohan kecuali Engkau ajarkan, tidak juga kesesatan melainkan Engkau tunjukkan, tidak juga hutang kecuali Engkau langsaikan, tidak juga barang hilang kecuali Engkau kembalikan, tidak juga yang sakit melainkan Engkau sembuhkan, tidak juga yang mati kecuali Engkau rahmati,tidak juga satu keperluan pun dari keperluan dunia dan Akhirat yang Engkau redhai dan kebaikan untuk kami melainkan Engkau tunaikannya dan mudahkannya wahai Tuhan semesta alam











♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Penerang Hati


7. Doa memohon Hajat.


 اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا أَعْلَمْ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ بِهِ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ وَأَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لِي مِنْ أَمْرِي أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رُشْدًّ
Ya Allah, Ya tuhanku..Aku memohon kepada Mu segala bentuk kebaikan, sekarang mahupun akan datang, baik yang sudah aku ketahui mahupun yang belum aku ketahuinya. Dan aku berlindung dengan Mu dari segala bentuk kejahatan, sekarang mahupun akan datang, baik yang sudah aku ketahui mahupun yang belum aku ketahuinya. Dan aku memohon dari Mu syurga dan segala yang mendekatkan diriku dengannya yang berbentuk percakapan atau perbuatan. Dan aku berlindung dengan Mu dari Neraka dan segala yang mendekatkan diriku dengannya yang berbentuk percakapan atau perbuatan. Dan aku memohon sebaik-baik kebaikan  yang pernah diminta oleh hamba-hamba Mu dan utusan Mu Muhammad s.a.w. dan aku berlindung dengan Mu dari seburuk-buruk kejahatan yang pernah diminta perlindungannya oleh hambaMu dan utusanMu iaitu Muhammad s.a.w. aku memohon agar segala yang Engkau putuskan untuk diriku, ada pimpinan di sebalik kesudahannya


8. Doa memohon ketabahan hati

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الثَبَاتَ فِي الْأَمْرِ وَأَسْأَلُكَ عَزِيْمَةَ الرُّشْدِ وَأَسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ وَأَسْأَلُكَ لِسَانًا صَادِقًا وَقَلْبًا سَلِيمًا. وَأَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ. وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمْ. وَأَسْتَغْفِرُكَ مِمَّا تَعْلَمُ. إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Ya Allah, Ya tuhanku..aku memohon kepada Mu keteguhan hati dalam setiap urusanku, dan aku memohon kepada Mu ketetapan dalam kepimpinan. Dan aku memohon kepadaMu ketetapan dalam mensyukuri nikmat Mu dan beribadah kepadaMu dengan baik, dan aku memohon kepada Mu lidah yang benar dan hati yang sempurna. Dan aku memohon kepada Mu segala kebaikan yang engkau ketahui, dan aku berlindung dengan Mu dari segala kejahatan yang Engkau ketahui dan aku memohon ampun kepada Mu dari segala dosa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi













♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Penerang Hati


3. Doa meminta ilmu yang bermanfaat

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُو ذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ
Ya Allah, Ya Tuhanku..Aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak kusyuk (mengingati Mu), nafsu yang tidak pernah puas dan doa yang tidak didengari.

4. Doa ketika mendapat ilmu



اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلَا تُحْرِمْنَا وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
Ya Allah, Ya Tuhanku..berilah kami tambahan dan janganlah engkau kurangi, muliakanlah kami dan janganlah Engkau hina kami, berilah kami dan janganlah Engkau halangi kami, pilihlah kami dan jangan engkau biarkan kami, jadikanlah kami redha terhadap ketentuan kami



5. Doa memohon petunjuk & kejayaan dalam setiap pekerjaan

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Ya Tuhan kami, Berilah kami rahmat dari sisi Mu dan berilah kami petunjuk dalam menyelesaikan urusan kami.

6. Doa memohon perlindungan.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Ya Allah, Ya tuhanku..Aku memohon kepada Mu pimpinan, pemeliharaan, perlindungan dan kecukupan










♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥