Sunday 26 May 2013

Fahami keadaan semasa


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..cuti yang panjang dan sangat bermanfaat di saat lambakan assigtment datang tanpa henti.. ='(
ok, even 3 hari je..Allah beri peluang untuk menjalani rutin seperti STAM dulu..flow je time tanpa kekangan lain..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

beberapa sahabat, classmate, housemate, roomate tanya..

"eh, awak tak balik ke cuti 3 hari ni?selalunya pantang ada cuti mesti balik rumah"

di waktu yang lain..
"bukan ke awak selalu sibuk dengan progam kalau sabtu dan ahad?"

roomate pula pelik..
" macam tak percaya je awak melekat kat bilik cuti-cuti macam ni?"

berlapang dada menerima statement ni...
Firstly, bukan tak nak balik rumah.mama dah berulang kali kol "kakak,taknak balik ke?" =( 
second, memang..minggu ni patutnya ada progam..istikharahNya lebih mengetahui. 
third, sejujurnya diri ni memerlukan waktu untuk bersendirian, beruzlah..

Di hujung waktu yang genting nak imtihan niha'i and baki-baki masa nak menyiapkan assigtment.. sebagai hamba yang banyak khilafnya..aku perlu mengislahkan semula segala gerak kerja agar natijahnya mampu membuatkan hati orang di sekeliling, bahagia. terutama mama dan abah.

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Semoga Allah redha segala usaha

pesan ustaz di hari last tutorial :

" Teruskan belajar dan jadi seumpama lebah. Lebah yang sentiasa akan terus terbang ke semua tempat untuk mencari madu. kemudian setiap manisan itu pasti dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Maka seperti kamu juga apabila keluar kepada masyarakat pasti akan memberikan madu yang baik bukan madu yan rosak kepada masyarakat. Sebarkan kebaikan untuk manfaat semua. Jadi, di mana ada majlis ilmu, di situ ada kamu untuk kutip sebanyaknya ilmu dan biarkan semua turut terkena tempias ilmu itu. "

Allah, perumpamaan yang mudah difahami tapi kesan yang mendalam untuk dipraktikkan. Semoga semester akan datang jiwa lebih terdidik untuk menuntut ilmu Nya!






♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Monday 20 May 2013

Pondok moden Al-Jenderami


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, ahad yang lepas join Jaksa KKSI ke pondok moden di Yayasan al-Jenderami,Dengkil.
sangat excited, sebab tak pernah tau pun adanya tempat ni di Selangor. Tambah-tambah lagi, dari Usim ke sini just 15 minit je..



Seawal pagi lagi, 6.45 am kami tunggu depan Sutera Indah tapi bas lambat pulak.
Tapi kami tetap tunggu dengan penuh semangat, lebih-lebih lagi bila Nazirah ada sekali.
Macam-macam p'kongsian dapat kalau duduk berdiskusi dengan dia ni =)
Then, sampai sana kamu diberi taklimat sedikit, then pergi ke masjid untuk kuliah dhuha                        (kitab minhaj al abidin)
lepas tu, kami dibahagi kumpulan untuk sesi membersihkan rumah-rumah orang tua di sini.
Seriously, sangat kagum dengan warga2 tua di sini, sangat berjiwa besar.
Mereka datang bukan saja-saja.Mereka datang bukan kerana desakan anak-anak.
tapi mereka datang kerana Allah memilih mereka, untuk menghabiskan baki-baki umur di bumi barakah ini,yayasan al-Jenderami.
So,hampir semua warga tua di sini datang ke sini adalah untuk beribadat pada Nya.
menurut seorang nenek, setiap pagi selepas solat subuh berjemaah akan ada pengajian kitab dan mengaji.Allahu Rabbi, bagaimana keadaanku nanti bila dah tua.. =(
sungguh beruntung mereka..
Then, lepas solat Zohor kami melawat pondok banat (berhampiran masjid).
Berikut adalah beberapa pic sepanjang di sana.









Subhanallah,sangat cantik view kat sana..
banyak lagi pic sepanjang progam, (mane tak nye sampai demam esok nye sebab shoot gambar masa panas terik)
Tapi apapun, moge Allah jemput lagi ke sini suatu hari nanti =)
In sha Allah..







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Sunday 12 May 2013

Syabab


Assalamualaikum..

Syabab..
apa masalah mu sebenarnya, wahai syabab?
aku tertanya-tanya..
apa yang kamu mahukan sebenarnya wahai syabab?
kenapa kau semakin berubah wahai syabab sekalian..

Syabab..
aku memanggil mu..syabab..
bagaimana aku ingin berterus terang bahawa..
aku tersangat kecewa melihat keadaanmu sekarang, syabab..

ke mana kau pergi ketika azan memanggil mu syabab?
tak tercuit iman mu syabab ketika teman teman lain bersegera solat?
Syabab, mengapa kau sering tidak menghadirkan diri ke majlis ilmu?
tahukah kau malaikat turut mendoakan di dalam majlis mengingati Allah..
Syabab, kenapa kau jarang kelihatan ketika pengajian agama di adakan?
kau bakal pemimpin baitul muslim..
ke mana kau syabab..?
ceritakan pada ku syabab..
sesibuk mana kau dalam mengurus atur urusan duniamu..
Syabab...
adakah kau sudah hilang minat pada agama kita,
Islam..


ingat syabab..
man syabba ala shai'in syaaba alaihi..
Sesiapa yang membesar dalam keadaan demikian,
sudah pasti tua pun demikian juga..

Syababku..
janganlah begini...
Syabab..
sedarlah...
fikirkan semula gerak kerja mu..
kita sudah tidak punya masa lagi,,
masa kita terlalu singkat..
hari ini 2 Rejab..
tidakkah kau rasa Ramdhan Karim bakal menjengah tidak lama lagi..
ya, syabab..masa bagaikan pedang yang menghunus ke lehermu..
manfaatkan ia..
segerakan syabab..
persiapkan dirimu..akidahmu..ibadahmu..akhlakmu..tadabbur Quran mu..
mantapkan wahai syabab..
kita sedang menuju jalan-jalan tribulasi yang payah syabab..
saudara-saudara di Palestin, Syria, Rohingya, Sempadan Thailand, banyak lagi syabab..
mereka semua menanti dan berharap pada kita untuk menentang kezaliman terhadap umat Islam..
umat Islam dianiaya, syabab..


Syabab..
kitalah harapan ummah..
kita perlu memastikan Islam terus berdaulat di Bumi Allah ini..
kitalah syabab..yang akan memincang segala bentuk kekejaman yahudi terhadap ummah..


Syabab..
jangan terus begini..
lawan nafsumu di jalan mujahadah ini!
bantu aku syabab..
bantu aku menyuluh ummah menuju Allah..
bangun menentang kemungkaran..
sedarkan ummah dalam mencegah kejahilan..
Syabab.cukuplah..
Sedarkan diri syabab..
dengan ilmu..
kita bantu ummah..
kita bentuk ummah..
kita bina ummah..
agar matlamat 1 itu terlaksana..
"Islam terus makmur di bumi Allah"
kitalah syabab..
penyambung dakwah Rasulullah S.A.W.

~wasiat untukku dan syabab sekalian~





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Saturday 11 May 2013

Typography


Assalamualaikum..





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Taman ilmu


Assalamualaikum..
oh ye, Hadiqatul ilmi ini..


Taman ilmu ini..
Hampir 8 bulan sudah mencicip ilmu Allah yang Maha Luas di bumi Usim..
Seriously, masuk universiti ni tak kira la U mana pun, masyaAllah..perasaan insaf, rendah diri, and tawadhuk sangat-sangat makin mendalam pada Allah.. =(
Terlalu banyak talk yang membuka minda, ceramah yang sentiasa mengingatkan diri pada Allah, lecturer2 yang murah hati berkongsi macam-macam cabang ilmu, sahabat-sahabat yang sefikrah dan terlalu banyak lagi tentang taman ilmu ini..

Yang pasti, moment paling seronok tentang taman ilmu ni..time pagi2 around pukul 8-8.30 am..
sebab time tu, bas, motor, kereta lecturer, student and semua staff bersesak masuk ke kampus..
ofcourse depan guard tu akan sesak..bila tengok suasana macam tu..mesti teringat satu hadis Rasulullah S.A.W. tentang orang-orang yang pergi menuntut ilmu..

Daripada Abu Darda', aku telah mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda
"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, beerti ia telah menjalani satu jalan daripada jalan-jalan syurga.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerada redha dengan perbuatan tersebut. -Riwayat Abu Daud.


So, sahabat-sahabat and syabab-syabab sekalian..ayuh teguhkan semangat, luruskan niatmu dalam meneruskan baki-baki akhir semester 2 ni..
imtihan niha'i around the corner..Semoga Allah permudahkan segalanya ^_^





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Wednesday 1 May 2013

Face it !


Assalamualaikum..

today i've learn something..
oh,no!
lately, it's a lot of lessons.. sweet, gloomy, happiness..

balik dari kelas b.arab yang sangat seronok ;)
then,pergi lab..check assigment..then,direject!
oh,praise to Allah..
"tq madam" =)
1 kelas kena reject design..
lepas ni,kena lebih explore..survey website2 yang berkaitan..
perlu belajar,belajar lagi =)
advance and selalu praktik dalam photoshop..
oh,graphic!







credit to my partner,housemate..ana sebab,madam just comment design dye (design ke 3)
yang lain2 design, tolak tepi dah awal2.. =(

sepanjang dalam bas nak balik hostel tadi, i'm speechless.. -_-
berdepan dengan cabaran, laptop engsel patah,then perlu hantar ke lowyat..
confirm2 seminggu tak ada kat sisi..oh,ya Allah.kuatkan hatiku..



lepas tu, call my best ever friend, fathin nadhirah..
pung pang, pung pang dok kongsi cerita masing2..
saling nasihat-menasihati..pesan-memesan..
Alhamdulillah,lega sikit..even bukan face to face,.
Thanks Allah,thank nana !
rindukamukeranaAllah..



then,balik hostel..ex-classmate message nak wat hawa convention..
as usual, tradisi lama..muslimat BQB4 sem 1,.makan sama2, kongsi cerita..
tapi apa yang seronok kadang2 tu makan 1talam..mulakan dengan baca doa Rabitah..=)

tapi, kali ni tak dapat join..
tetiba, abg alep kol..ajak keluar pergi makan...
~senyum bahagia sangat2~
it seems like therapy, when we face a problem,difficult situation..
Allah give me,family..
weyh, dapat jumpa family pon dikira sebahagian daripada solution masalah..
eventhough pergi makan je..but communication makes us calm..
thanks Allah,thanks abg aidil,thanks abg alep..


banyak lagi, yang berlaku 2 3 hari ni..video arab yang di edit last minute..sampai bermalam kat surau..blogger Crafty Nieya yang terheret sekali dalam masalah kami,.konflik laptop tak boleh bukak..
ya Allah,hopefully one fine day..aku mampu membaca entry ni, sambil tersenyum,mengingati moment2 indah as a student =)

lastly,pesan ustaz aizudin dalam sesi Q&A kelas arab tadi..

Jalan menuju Allah itu terlalu banyak..pelbagai cara,sama seperti banyaknya helaan nafas kita


kadang2 kita menghadapi masalah dengan meluahkannya pada Allah..

tapi Allah hadirkan insan-insan di sekeliling kita untuk sama2 berkebajikan..
berkebajikan: membuat kebaikan,
dengan saling ta'awun..bantu-membantu menyelesaikan masalah..
maka, kedua2 insan ini pasti mendapat saham masing-masing apabila saling membantu kerana Allah..
Allah..

sabda Rasulullah S.A.W. :
"Sesiapa yang menunaikan hajat (kemahuan) saudaranya yang mana untuk kebaikan, baginya sama seperti beriktikaf selama 100 tahun"

Alhamdulillah ya Rabb..thanks sahabat semua..
kata kakak liqa'..
untuk menghadapi cabaran and dugaan yang mendatang..kita perlu berjiwa besar untuk menghadapinya..
redha.ujian tanda Dia sedang menguji cinta Nya..




















♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥