Assalamualaikum.
=)
Bismillah.
ini serius rindu!
Akif.
biasalah kalau akif tak balik kampung.
'kerinduan' kami kat rumah.
setiap orang ada rasa kasih.
terutama pada kanak-kanak.
yang ni memang tak dapat disangkal.
dengan wajah yang comel.
hati yang masih suci tanpa dosa.
tengok sekali terus nak cium! =)
hakikatnya, mereka lebih mulia dari kita
yang penuh dosa dan noda.
Astaghfirullah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Setiap anak yang dilahirkan itu umpama kain putih (suci), ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada yahudi, nasrani dan majusi"
sungguh.kena pegang hadis ni dengan jelas dan tatbiqkan.
since dah ade anak buah ni.
serius, kalau boleh nak tengok dia membesar dengan kefahaman Islam yang sangat mendalam.
dengan disemaikan biah Islam yang berjasad jundullah di dalam jiwa.
supaya roh tarbiyyah sentiasa subur and kekal hingga nafas terakhir.
itulah syarat menjadi pejuang agama.
'tapi macam mana pula kita yang dibesarkan dengan suasana yang biasa2 sahaja?'
= kembali pada Allah.
tak ada perkara yang terlambat melainkan jika datang saat kematian.
didikan dari makayah selama ni, itulah yang terbaik.
tapi semakin membesar.
jiwa kita yang memberontak nakkan kelainan dalam hidup.
natijahnya tercampak ke lembah kejahilan.
tapi bilamana Allah datangkan kesedaran untuk berubah.
berharaplah sungguh2 supaya kehidupan kita rotate terus menuju syurga Nya.
sebab tu nikmat yang terlalu manis adalah keimanan.
iman yang sebenar2nya, barulah melahirkan qudwah yang hakiki sebagai Muslim.
then, barulah kita rasa nak diri dan orang sekililing kita.
menjadikan Islam sebagai jalan hidup yang sebenar.
Hakikatnya,
choose the path way.
Jannah or An-nar???
bukan atas faktor kepentingan diri.
tapi generasi akan datang.
adakah imej Islam pada diri kita sekarang sudah mampu melahirkan seorang pejuang?
jawapan 'belum tentu' itulah yang memerlukan pendirian 'aku ingin berubah lagi'
Allah..
tetapkan kami supaya terus tsabat mencari redhaMu, menggapai maghfirahMu.
agar jalan menempuh kemenangan Islam itu semakin hampir dan mudah.
salutasi.
'tegakkan Islam dalam diri, akan terbinalah daulah Islamiyah'
usah bertanya bila atau sempatkah kita bertemu dengan negara Islam yang bersifat syumul.
apa yang perlu dan penting adalah kekuatan rabbani dalam diri.
kelak proses membentuk generasi mujahidin tidaklah sekerat jalan.
Firman Allah:
Maksudnya:
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.-13
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." -14
Surah Al-Kahf: 13-14
#Proses tarbiyah little caliph bermula sekarang.
didik diri berjiwa besar dan sesolehah mungkin.
supaya kelak mampu re-copy little caliph yang sentiasa membela agama demi izzahkan Islam.
didik diri berjiwa besar dan sesolehah mungkin.
supaya kelak mampu re-copy little caliph yang sentiasa membela agama demi izzahkan Islam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete^_O
ReplyDelete