Thursday, 6 February 2014

How we met?


Assalamualaikum..

Bismillah..
Alhamdulillah.
have a great Jumuah.. 
ikutkan malam ni nak kongsi tentang surah al-Kahfi.
Subhanallah.the best ever Surah lepas berminggu2 kaji =)
nanti kita share ye.

.....lepas ngaji tadi teringat pada seorang sahabat.....
terus bukak blog dia..
terus nangis...
menangis..
sekarang pun masih nangis lagi.
Allah.
='(
betapa aku rindu sahabat ini.

ok.point utama kat sini nak cerita bagaimana kami boleh berukhuwah masa sekolah dulu.
ofcourse bermula dengan kami sama2 ditarbiyah.
previously, tak semudah kami dicampak ke medan tarbiyah.
'aku dulu jahil'

flashback semula zaman dulu.
kerana ketahuilah.

2007
kami kenal since form 2 lagi.ayus pindah ke SAMTAK and kami sekelas.
time ni kami rapat as classmate je..

2008
form3.PMR.
ayus+me=we're close.tapi sedih bila ingat semula.kami rapat bukan kerana mengingatiNya.
ikhtilat lagi la..Allah,nakalnya dulu.
berkawan pun ade geng.ingat lagi nama specific 'geng' Danisasyilaharafawananiqin.
Allahurabbi.nakalnya..hanya Allah yang Maha Mengetahui.
even langgar displin terasa Allah masih tutup aib..tak pernah kena tindakan displin.
baiknya Allah jaga hamba ini.
moge Allah terima taubat hamba hina ini..=(

2009
detik ini.
bermula.hijrah yang indah.
kawan2 geng sume tu result PMR kemain gempak..sume straight A.
ofcourse yang baki2 je stay.tak nak pindah..
salah seorang yang stay adalah Fathin Nadhirah.kami still rapat sampai sekarang =)
time awal2 tahun tu sedih teramat la.kawan sume pindah sekolah.tetiba kami jadi senyap.
tapi since 2 jugak.
Allahurabbi..here i come.
sebab tu quotes yang aku paling suka.
'kesunyian membawa seorang hamba kepada RabbNya'

lalu, ayus ajak join BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani).
ingat lagi detik itu.
betapa itulah hadiah dari Dia yang paling mahal. ♥
nasihat2 yang ikhlas dari seorang Murobbi tiap kali usrah membuatkan jiwa kami merasa ingin berhijrah.
ayuz banyak menguatkan diri ni.
Ustaz Jumadi.ustaz yang tak jemu2 berusrah dengan kami.
lagi2 aku yang jahil.
waktu yang sibuk tak pernah membuatkan ustaz ralat untuk mengadakan usrah.
kalau tak sempat petang.ustaz usahakan juga waktu lain.
selepas usrah ustaz lah yang sediakan sedikit makan2 untuk kami.
maklumlah time 2 kami baru lagi dalam berusrah.
tapi ustaz tetap sabar mentarbiyah kami.
Allah.
dan tanpa sedar juga kekuatan ingin berubah banyak didorong dari ustaz.
bukan mudah menjadi seorang yang siqoh setelah hampir 3 tahun 'nakal' di sekolah.
Firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Surah Al-Baqarah:218

2010.
selepas hampir setahun ditarbiyah.
Usrah kami terus berjalan tanpa jemu.
terus melakar waktu mengingatiNya.

walau bermacam dugaan yang sudah and bakal dihadapi.
berdepan dengan mujahadah yang amat payah.
tapi yakinlah Allah sedang merencana yang terbaik untuk hambaNya.
paling seronok classmate and satu batch sume.sama2 nak berubah.
seronoknya time 2.
kerja2 dakwah kat sekolah.bukan AJK BADAR je yang buat.
tapi semua ringan tulang membantu.
setiap kali hujung minggu.
musollah tempat kami memaknakan cinta pada Rabb.
qiam sama2. =)
pagi ahad.selesai kuliah subuh+sarapan.bergotong-royong.
habis bersih licin musolla Luqmanul Hakim kami cuci.
whiteboard kat luar surau saban hari bertukar dengan nukilan2 dakwah.
bilik gerakan kami yang paling aku rindu.

ya.form5 waktu yang sangat2 manis berusrah.
kebetulan dua tahun berturut2 aku dan ayus as classmate.
duduk pun sebelah2 je.
jadi hari2 kami akan jumpa ustaz Jumadi.
hari2 jugalah nasihat2 yang berbeza kami terima.

dan nasihat yang paling terkesan sewaktu hampir penghujung tahun.
SPM around the corner.
ustaz Jumadi meminta aku ke bilik BADAR.
mulanya ustaz bertanya tentang pelajaran, keluarga.
then, ustaz nasihat.
nasihat yang paling kerap diulang.
-belajar sungguh2 sampai genggam sebuah ijazah.lagi tinggi lagi bagus.
kemudian,sumbang ilmu yang kamu ada untuk masyarakat.
-jadilah wanita yang solehah.ikut perintah Nya.
terlalu banyak nasihat time 2.
lalu keluar dari situ dengan rasa hina sangat.
mencurah2 air mata insaf.
betapa Allah telah merubah diri ni.

Alhamdulillah.bersyukur sangat.
Usrahlah yang menjadi wasilah dalam aku memaknakan cinta pada Allahurabbi.
kalau Allah tak mencampakkan rasa kesedaran dalam hati ni.
mungkin aku sama seperti dulu.
#dan banyak lagi kisah2 indah+tragedi sepanjang 'berhijrah'
kalau nak tahu.huhu,kena open table ^_^

Ayus sekarang continued study kat Mesir.
itulah yang kami selalu citakan setiap kali belajar b.arab.
lagi2 ustaz yang mengajar selalu cerita zaman2 belajar kat sana.
keinginan nak ke sana hanya Allah yang tahu.
tapi rezeki aku di sini.
ya.aku tahu dia juga anak panah Islam di bumi al-Azhar.
moge bertemu lagi sahabat. =)
Alhamdulillah.hampir semua sahabat usrah yang lain sedang melalui alam kampus.

sampai sekarang juga ustaz selalu bertanya khabar.
kadang 1 mesej yang bertanya.'dah solat dan mengaji?'
itu pun dah cukup terkesan di hati.
betapa berkat seorang murobbi yang ikhlas mendidik.

Firman Allah azza wajalla dalam Surah al-Qasas ayat 56:
Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih Mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.

Hakikatnya,
hanya mereka yang benar2 n pernah merasai kejahilan akan berpaut sungguh2 pada iman.
hanya mereka yang benar2 n pernah merasai kejahilan pasti tidak menoleh ke zaman itu semula.
jahilnya diri terasa semacam episod igauan yang sangat mengerikan.
takut pada Nya.
sebab tu bila berhadapan dengan sahabat2 yang mungkin sama seperti aku dahulu.
sangat berdoa + berharap dia juga turut berubah satu hari nanti.

dan sekarang alam universiti.
tak sama seperti dulu.
tapi yakin dan pasti Allah pasti meletakkan kita di tempat yang lebih istimewa dari sebelum ni.
fortunately, itulah yang sedang aku hadapi.
yang penting terus melangkah di jalan tarbiyah dan dakwah ini.
jangan pernah mengundur.
tapi terus bangkit, berjalan perlahan-lahan walau payah sahabat =)
kata seorang ustaz.
'biasakan diri kamu dengan perjuangan Islam.
inilah tanzim yang sedang mentarbiyah kamu.
iman kita sekarang tak setanding dengan para sahabat Rasulullah SAW.
tapi hanya dengan mengisi perjuangan ini.
moge Allah menerima kita sebagai pejuang yang menegakkan agamaNya.'

Allah.moge berkat waktu dan umurku.
terutama sepanjang keberadaan di bumi USIM.
betapa beruntung setiap kali mengutip mutiara2 ilmu dari lecturer.
moge ilmu yang bermanfaat membuahkan amal yang benar.
sehingga akhirnya.
husnul khatimah yang menjadi pengakhirannya.
Allahumma Amin..

#selalu mengingatkan diri.
lakukan sesuatu perkara itu perlu bermatlamat.
hatta sekecil perkara.
moge tenang melalui jalan seperti ini.







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

0 comments:

Post a Comment

thanks comment here .. ! =)