Friday, 29 November 2013

sabilillah


Assalamualaikum,. =)
Allahurabbi,terasa nak berkongsi rasa, luah, kasih dari Pencipta.

1 langkah.
berlalu masa.
hari ke hari..
berlalu minggu 1,2,3,4.
hingga tiba bulan yang baru.

Disember bakal menjengah.
dalam erti kata.
umur yang baru menanti.

tahun Hijrah baru berlalu.
semangat perjuangan masih segar dirasa.
Alhamdulillah.

Realitinya, sepanjang keberadaan di medan perjuangan yang sebenar.
benar-benar menguji semangat, kesungguhan, perjuangan, ketekunan, kesabaran.
semua demi mendaulahkan ISLAM.

JALAN dan RUANG dakwah yang luas.
memerlukan 1001% tenaga untuk dikerah.
teringat kata-kata Dr Zulkifli al-Bakri.

"Wallahi,
Wallahi, saya berani katakan.
sesungguhnya tugas dakwah ini terlalu banyak
tak terkira banyaknya"

Baru mengerti kalam hikmah ni.
gerak kerja dakwah Rasulullah luas.
kita penerusnya.

urusan ummah perlu diuruskan sebaiknya.
perlu berjiwa besar.
menghadapi tribulasi yang payah.
                                                                                                                                                                                                                                 


Bangun pemuda.
biar tugas ummah tergalas hingga terasa beban di bahu.

#kata-kata Buya Hamka tentang filosofi 5 jari:
secara ringkasnya.

"setiap jari kita ini melambangkan sesuatu.
ibu jari misalnya.lambang bagi pemimpin.
ibu jari biasanya mengumpulkan semua kekuatan bagi 4 jari yang lain.
sebagi contoh seorang ketua biasanya akan control untuk melakukan sesuatu.
mensinergikan semua kekuatan 4 jari yang lain dan meledakkan momentum yang tepat.
sebab itu, jika ibu jari menunjukkan tanda bagus.
orang bawahannya pasti akan tersenyum bangga.
kerana pemimpin yang satu mampu mengawal seluruh jari2 yang lain.

jari telunjuk pula menunjukkan lambang orang kaya,
jari yang selalu menunjuk dan mengarah membuat itu ini.
serta memerintah..hanya dengan isyarat jari telunjuk sahaja.
sesuai dengan kelakuan orang kaya.yang hanya menunjuk saja untuk meminta itu ini.

jari tengah pula.
lambang bagi orang yang berilmu.
yakni ulama.
jari tengah merupakan yang paling tinggi diantara lima jari.
itulah kedudukan ulama.
jari tengan juga, jika kita makan makan menggunakan tangan,
atau mengambil sesuatu barang,
secara automatik akan menarik sejajar dengan 4 jari lain.
itulah lambang kebijakan seorang ulama.
berdirinya tidak tinggi dan duduknya tidak rendah.

jari manis paling kena peranannya sesuai dengan pemuda.
seperti yang kita tahu,zaman muda zaman paling seronok.
semuanya manis, indah dipandangan.
zaman mudalah gelojak hati mudah tertawan.
sebab itu lah kenapa cincin disarung pada jari manis.
itulah lambang keindahan pemuda!

akhir sekali.
jari kelinking.
sesuai dengan jari yang kecil dan lemah.
iaitu lambang bagi wanita.
kecik molek tapi peranan ia juga penting di antara 4 jari yang lain.
kerana wanitalah tulang belakang bagi seorang pemimpin.
dengan wanita jugalah seoarang pemimpin akan bertelagah lalu mengalah"

Hasilnya.
apabila kelima2 jari ini di satukan dengan lima jari lagi.
akan menghasilkan bunyi yang padu.
begitulah kaitan antara 5 jari ni.
jika setiapnya mengikut rentak yang betul.
pasti iramanya menghasilkan lagu yang sama!
itulah yang kita perlukan untuk bina ummah ini =)


wallahua'lam.





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

0 comments:

Post a Comment

thanks comment here .. ! =)