Sunday, 12 May 2013

Syabab


Assalamualaikum..

Syabab..
apa masalah mu sebenarnya, wahai syabab?
aku tertanya-tanya..
apa yang kamu mahukan sebenarnya wahai syabab?
kenapa kau semakin berubah wahai syabab sekalian..

Syabab..
aku memanggil mu..syabab..
bagaimana aku ingin berterus terang bahawa..
aku tersangat kecewa melihat keadaanmu sekarang, syabab..

ke mana kau pergi ketika azan memanggil mu syabab?
tak tercuit iman mu syabab ketika teman teman lain bersegera solat?
Syabab, mengapa kau sering tidak menghadirkan diri ke majlis ilmu?
tahukah kau malaikat turut mendoakan di dalam majlis mengingati Allah..
Syabab, kenapa kau jarang kelihatan ketika pengajian agama di adakan?
kau bakal pemimpin baitul muslim..
ke mana kau syabab..?
ceritakan pada ku syabab..
sesibuk mana kau dalam mengurus atur urusan duniamu..
Syabab...
adakah kau sudah hilang minat pada agama kita,
Islam..


ingat syabab..
man syabba ala shai'in syaaba alaihi..
Sesiapa yang membesar dalam keadaan demikian,
sudah pasti tua pun demikian juga..

Syababku..
janganlah begini...
Syabab..
sedarlah...
fikirkan semula gerak kerja mu..
kita sudah tidak punya masa lagi,,
masa kita terlalu singkat..
hari ini 2 Rejab..
tidakkah kau rasa Ramdhan Karim bakal menjengah tidak lama lagi..
ya, syabab..masa bagaikan pedang yang menghunus ke lehermu..
manfaatkan ia..
segerakan syabab..
persiapkan dirimu..akidahmu..ibadahmu..akhlakmu..tadabbur Quran mu..
mantapkan wahai syabab..
kita sedang menuju jalan-jalan tribulasi yang payah syabab..
saudara-saudara di Palestin, Syria, Rohingya, Sempadan Thailand, banyak lagi syabab..
mereka semua menanti dan berharap pada kita untuk menentang kezaliman terhadap umat Islam..
umat Islam dianiaya, syabab..


Syabab..
kitalah harapan ummah..
kita perlu memastikan Islam terus berdaulat di Bumi Allah ini..
kitalah syabab..yang akan memincang segala bentuk kekejaman yahudi terhadap ummah..


Syabab..
jangan terus begini..
lawan nafsumu di jalan mujahadah ini!
bantu aku syabab..
bantu aku menyuluh ummah menuju Allah..
bangun menentang kemungkaran..
sedarkan ummah dalam mencegah kejahilan..
Syabab.cukuplah..
Sedarkan diri syabab..
dengan ilmu..
kita bantu ummah..
kita bentuk ummah..
kita bina ummah..
agar matlamat 1 itu terlaksana..
"Islam terus makmur di bumi Allah"
kitalah syabab..
penyambung dakwah Rasulullah S.A.W.

~wasiat untukku dan syabab sekalian~





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

0 comments:

Post a Comment

thanks comment here .. ! =)