Thursday, 24 July 2014

Briged Al-Qassam


Assalamualaikum.

Jom kenali Briged Izzuddin al Qassam "Briged Al-Qassam".
Jika:
-Britain mempunyai British Special Air Service (SAS).
-Amerika Syarikat dengan Navy Seals.
-Israel dengan Shayetet 13.

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Briged Izz ad-Din al-Qassam

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh
Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam. Di Palestin terdapat 4 benteng tahanan tentera antaranya:

1) Pengikat Kepala Hijau Tulisan Putih: Briged al-Qassam (Sayap Tentera Hamas)
2) Pengikat Kepala Hitam Tulisan Putih: Briged al-Aqsa (Sayap Tentera Fatah)
3) Pengikat Kepala Hitam Tulisan Kuning: Briged Saraya al-Quds (Sayap Tentera Jihad Islam Palestin)
4) Pengikat Kepala Merah Tulisan Putih: Briged Abu Ali Mustafa (Sayap Tentera Pembebasan Rakyat Palestin)

Komander al-Qassam yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit al-Qassam dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. 

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan
Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta
memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.


Peraturan " Briged Al-Qassam ". 
"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya. Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting. "Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa. "Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam. "Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam. Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. 
Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel). Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam. Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur- satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis. 

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. 

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga." Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam. Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri - 'Mengapakah saya tidak syahid?'


Media pertama yang berani dan berjaya menemu bual Briged al-Qassam adalah Astro Awani.


#Jika aku berada di Palestin, pasti aku menyertai Briged al-Qassam, walau hanya sebagai sayap kiri (skuad wanita) dan tugas2 kecil, aku berbangga kerana aku tahu merekalah JUNDULLAH yang sebenar.
Teruskan berjuang wahai tentera2 Allah.
#pray4Gaza.
#Takbir!


Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Sunday, 20 July 2014

Istikharah dan Musyawarah


Assalamualaikum.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sia-sia orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah."

Benar.
once kita hadapi kesulitan, confius untuk memilih antara dua perkara.
sukar nak decide tentang perihal masa depan.
permasalahan, perasaan dan sebagainya.
eloklah berbincang dengan orang yang betul2 memahami masalah kita tu.
contohnya, sahabat terdekat sebab merekalah yang kita percaya dengan amanah dan kejujurannya.
lepas berbincang, dah mencapai kata sepakat.
laksanakan solat Istikharah.minta petunjuk dari Dia.
kadang solat Istikharah dulu, then baru musyawarah dalam masa yang sama teruskan istikarah.


Dulu seorang ustaz pesan.
istiqomah dalam laksanakan solat sunat istikharah.
amalkan hari2.
kadang kita buat keputusan seharian dibatasi nafsu.
tak sedar keputusan yang kita ambil baik atau sebaliknya, bawa kesan buruk.
hebatnya kuasa Istikharah., Allah bimbing kita dalam setiap keputusan.


baru2 ni aku hadapi kesulitan.
dah lama nak selesaikan masalah ni.
berminggu sudah musyawarah dengan seorang kakak seperjuangan.
yakin untuk hadapi.
alih2 bila nak laksanakan, terasa tak ada kekuatan.
lalu, solat Istikharah menjadi wasilah dalam mencari kekuatan.

perasaan yang terasa sangat dekat padaNya.
lepas baca doa istikharah, check wassup.
seorang ukhti send caption picture di bawah ni:


terkesima.yakin kata2 ini dari Allah.
mana tak nya.
aku tak pernah contact ukhti ni melainkan kami jumpa atas urusan kerja persatuan sahaja.
benarlah.Allah hantar ukhti ni untuk beri petunjuk.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sia-sia orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah."

bezanya keputusan yang kita buat adalah diiring redha Allah.
kadang terasa payah nak terima.
lagi2 kalau keputusan tu berpihak pada perkara yang kita tak inginkan.
tapi.
kita akan jadi pasrah slow2 dan letakkan pengharapan ke atas rencana Allah.
keep struggling to leave another part of me...


Istikharah juga bukan pada urusan jodoh sahaja.
tapi melibatkan semua urusan dalam hidup.
memang tak dinafikan, 
hal yang besar dan mustahak seperti soal jodoh sangat penting untuk kita minta petunjuk dari Allah.
tapi percayalah, bilamana kita minta bimbingan dalam setiap hal-hal yang kecil.
maka, urusan yang besar.. Allah pasti sediakan yang terbaik.
yang penting, mesti tahu tujuan dan matlamat sebenar dalam laksanakan sesuatu.
kalau tak tahu, kenapa kita lakukan itu, ini..
ask Allah.
surely, He will answer.
 =')

Doa Istikharah


Istikharah sangat berkesan dalam kita memilih hal2 yang besar.
sebagai contoh.kisah housemate aku.
nak dijadikan cerita, ada seorang pemuda nak taqdim dia, kenalan abangnya.
lepas pemuda tersebut jumpa family, housemate ni pun start solat Istikharah.
tapi dia rasa tak sedap hati.
lalu, dia bincang semula dengan pemuda tadi.
bertanyakan, 
1) nak teruskan perkenalan or tak. 
2) macam mana keputusan solat istikharah..

jawab pemuda tu.
1) memang nak teruskan secara serius.
2) tak tahu apa itu solat Istikharah. solat fardhu pun selalu tinggal inikan pula nak solat sunat.
nauzubillah..

kisah ni bukan nak aibkan sesiapa.
mujurlah housemate yang solehah lagi beriman ni beristikharah dan bermusyawarah terlebih dahulu.
aku terfikir, bagus pemuda ni buat confession terlebih dahulu pasal ibadah dia.
housemate aku pun stop sampai situ je berkenalan dengan pemuda tu.

Oleh itu, mintalah bimbingan Allah dalam setiap hal.
tak rugi, malah Allah akan permudahkan segalanya.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". (156)
surah al-Baqarah 155-156.

Mari, menjadi hamba yang lebih beriman daripada masa ini.

22 RAMADHAN 1435H.





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Friday, 18 July 2014

Please, call the Ummah!


Assalamualaikum w.b.t.

Penat hari-hari baca news.
macam-macam berita dan isu.
letih bukan sebab tak nak ambil tahu.
tapi, kecewa.
penat memikirkan.
'sejauh mana aku menyumbang untuk bantu umat ini?'


Isu kampus (USIM).
-Cuti sem.tak upate mane pun berita.
tapi yang latest: Student excited check result, sedangkan Dewan Senat tak luluskan apa2 lagi.
conclude: result keluar 14 Ogos 2014.

Isu semasa dalam negara.
-isu pertukaran MB Selangor.
-isu YB Khalid Samad mempersoal kuasa eksekutif MAIS.
-Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang baru.
-kiki dan lock stereng keretanya -_-
dan banyak lagi isu2 yang besar sampai ke isu2 kecik.

Paling penting, bagaimana untuk kita hadapi sesuatu isu.
selidik dan kaji sesuatu isu terutama isu yang besar dengan mengambil pandangan murobbi dan ulama.
lagi2 orang muda, cepat melatah bila berhadapan dengan sesuatu isu.
sebaiknya kalau nak counter isu, based on ilmu dan jangan komen sesuka hati.
cari dari mana sumbernya dan imbal semula keadaan.
adakah isu ini mendatangkan kesan pada agama.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Surah Al-hujurat:6

isu2 kecil pula.
yang ni paling best dan mudah orang beri komen.
macam 'isu kiki dan kereta peugeot' -_-
macam2 parody, viral, kutukan.
ingat..
kita mempunyai hal2 yang lebih besar untuk difikirkan.
sakit hati memanglah.kelakuan yang sangat memalukan.
tapi ambil ibrah.kawal diri dalam keadaan apa sekalipun.
"Dakwah yang paling terkesan adalah akhlak yang terpuji"
Be a good manners.

Isu Global
-Gaza diserang lagi.AllahuAkbar.
hari ini masuk hari ke11 zionis membedil kota Gaza dan meratah nyawa saudara kita di sana.
syahid- 237 orang
cedera- 1770 orang
rumah yang musnah- 12,800 buah

jumlah ni yang diketahui media. tak mustahil ramai lagi yang terkorban.
kehancuran tamadun Islam yang membisukan seluruh umat Islam di dunia.
atas dasar negara Islam didokong oleh Amerika. dan Amerika dikawal oleh kuasa besar Israel.
Israel mempunyai agenda yang dikawal oleh zionis, iaitu gerakan dalaman Freemason.
tujuan mereka? menghancurkan dan menghalang kebangkitan umat Islam.
peranan kita? wajib derma bantu rakyat palestin. pesan Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.


Selain boikot produk Israel yang kadang2 dilakukan 'bermusim'.
kita di sini, gerakkan diri. sedarkan yang lain.
cakna isu ummah!

-Pesawat MH17 terhempas di Ukraine.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
yang ni memang menggemparkan berita2 di Malaysia.
Allahu Akbar..
Allah Maha Mengetahui.Apapun, biar heboh berita kapal MAS yang terhempas sekalipun.
jangan lupa update berita saudara2 kita di Gaza.
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu urusan umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku"
Hadis Riwayat atTabrani.


yang terakhir.
please, call the ummah!
tak kira susah, payah, menang atau kalah.
Islam mesti ditegakkan.barulah bumi Allah terpelihara.

Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab "Kewajipan Pemuda Masa Kini" menggariskan 4 perkara utama yang mesti ada pada diri seorang pemuda:
1) Wajib memahami Islam dengan betul dan tepat.
2) Wajib menjadikan Islam sebagai cara hidup.
3) Wajib menyeru masyarakat kepada Islam.
4) Wajib meletakkan diri di dalam gerakan dakwah Islam.

Kita macam mana? dah settle 4 kewajipan ni?

Wallahua'lam.





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Saturday, 5 July 2014

MALAS


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.semester break has began.
But I'm not in right condition.indolence.perhaps.....why?
-terdapat beberapa task yang kena buat, tapi aku tak start lagi buat.
-persediaan kem minggu depan, tapi aku tak prepare lagi melainkan bekalan surah As-Sof dan Al-Hujurat.
Sangat teruk kalau seorang amilin mula bermalas-malasan.Allah ='(

Dan aku mula mencari sebabnya.
ya.time exam baru-baru ni aku terlalu fight dengan masa.
waktu tidur malam pun terbawa-bawa time cuti ni.
start pukul 10 setengah malam dah ngantuk and terjaga pukul 3am, terus tak boleh tidur.
waktu siang jadi tak produktif.
ni sume effect waktu study exam.
corak jadual yang berbeza = waktu cuti dan kuliah.
lalu, solution untuk orang yang mula bermalasan untuk bekerja adalah:

1) Susun semula waktu ibadah.
Truly, kalau kita jaga waktu solat,punctual awal waktu, istiqomah ibadah nafilah. In sha Allah, jadual seharian yang lain akan tersusun.

2) Recheck Mutabaah Amal.
Kalau ade beberapa ruang kosong yang tak bertanda tu.memang akan memberi kesan pada rohani kita. try, do it and keep Istiqomah!

3) Ubah kedudukan ketika rasa malas.
Means, kalau malas ketika cuti di rumah, cuba usahakan untuk ubah keadaan/situasi semasa. Keluar berjumpa sahabat sefikrah, berbincang tentang isu semasa bersama sahabat, pergi ke majlis ilmu, kalau malas jugak buka You Tube dengar ceramah Murobbi dll.

4) Tajdid niat.
Yang ni paling penting. Perbaharui niat salah satu cara untuk sedarkan diri, lakukan kerja lillahitaala. Selalu ingatkan diri sendiri, jangan jadi fitnah pada amanah yang Allah beri dan disebabkan kemalasan kita gerak kerja terbantut, beri effect pada yang lain.

Apapun, cuba jauhkan diri dari sifat malas ni.
Minta sungguh2 pada Allah.di jauhkan nafsu malas.
Wallahua'lam.





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Saturday, 28 June 2014

lense_scene


Assalamualaikum.



















Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun 
~al-Isra:44


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. ~Ali Imran:190


Subhanallah.

Alhamdulillah.

AllahuAkbar.


#Bukit Tinggi #Selesa Resort
#Fraser's Hill #Taman Flora #Allan's Water
#Canon_EOS650D




♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Sunday, 13 April 2014

Allah beri kekuatan


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Such a grateful day.
=)

Sebab ape?
Sebab..
Allah yang beri segala daya, upaya dan kekuatan untuk melalui hari ini.

Merancang untuk bertemu senior dan teman2 sekolah menengah (dulu) bukan saja2.
Bukan untuk bertaut tali silaturrahim semata.
Tapi dengan matlamat yang jelas.
Tujuan yang sama.
Tautan hati yang padu.

Menyebarkan Islam ke bumi tarbiyah.
Tempat mula bertapak.

Sesuatu yang sangat unik.
Hatta kami tak pernah mengenali waktu sekolah dulu.
Tapi Allah himpunkan hati2 ini untuk galas amanah.

Ya..
Biarkan semua di sekelilingmu merasai Islam.

Waktu yang ada.
Perlu digunakan.di manfaatkan & memanfaatkan sebaik mungkin.

Cukuplah waktu2 jahiliyah..waktu2 ketidaksedaran dahulu.
Allah beri kerehatan daripada merasai jalan juang ini.

Nah.
Ambil manfaat di ruang dan peluang ini.
Bagaimana?
Sila campakkan diri.
Sila waqafkan diri.
Ke medan perjuangan Islam yang sebenar.

Allah
Beri
Aku
Kekuatan.

~Surah Assof:14~

130414.LRTuniversiti>Nilai.





♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Tuesday, 8 April 2014

Jauh mana dakwah kita?


Assalamualaikum.

Firman Allah Azza Wajalla :


Maksudnya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikanMu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu mengetahui.

Surah Al-Baqarah: 30.

Allah..
ayat ni berlegar-legar di fikiran masa kuliah last bagi pertengahan semester ni.
Mengingatkan diri semula.
peranan sebagai Khalifah kerdil di bumi Allah.
mengingatkan diri.termuhasabah....
Jauh mana dakwah kita?
sejauh mana peranan aku dalam membawa pengaruh yang baik terhadap kawan kelas,
di dalam kuliah, dan yang paling penting, di dalam organisasi..
banyak mana waktu yang aku habiskan sepanjang pertengahan semester ni?
kelekaan semata hingga melalaikan yang lain atau masih sedar matlamat utama.

ini semua bukan sebagai Key Performance Indicator (KPI)
tetapi kayu ukur sejauh mana tahap kematangan diri dalam berdakwah.


berada di dalam Sekretariat Fakulti. sangat memaknakan tugas dakwah.
-speaker corner.sedarkan madu' tentang isu semasa, isu global, isu kampus.
-bedah buku + talk beri kesedaran.
-bakti siswa.
-setiap exco memainkan peranan based on Islamic way.
-how to communicate dengan masyarakat.
lagi2 bila terima lawatan dari luar.

nampak sempurna flow amal jamai'e di situ.
tapi macam mana pula dengan dakwah fardhi?


kata-kata seorang sahabat.
"sampai mana dah kita bawa pengaruh tarbiyah dalam organisasi ni?
sebenarnya kita sendiri yang terhanyut dan leka.ana bimbang tak mampu nak jawab depan Allah nanti."

rasa macam ditumbuk2 muka bila dengar soalan yang diajukan  ni.
perit.
nak bimbing adik usrah sedikit mudah daripada kita duduk dalam persatuan.
tapi tak mampu bawa pengaruh tarbiyah.

pesan seorang ukhti yang hebat lagi solehah.
"jangan tergopoh-gopoh, nak bawa tugas dakwah kena slow2. kreatif. kena dengan situasi...."
 (dan panjang lagi nasihatnya)

betul tu.
hakikatnya.diri sendiri yang banyak terleka.
terasa nak minta maaf pada semua orang di sekeliling.
and bagitahu "maafkan saya.saya tak bawa awak kepada kebaikan"

kesilapan utama apabila..
sahabat yang sentiase di depan mata + bersama kita.
tapi kita tak pernah memaksimumkan masa dan peluang untuk ajak kepada perubahan yang baik.
kita lansung tak beri ruang tunjukkan bagaimana biah Islam sebenar.

Jauh mana dakwah kita?
perlu difikirkan, dikenalpasti masalah dan punca,
perlu analisis hingga berjaya melahirkan seorang mad'u yang hebat.
selalunya.
masalah berpunca daripada diri sendiri.
ketidakfahaman yang jelas.
membuahkan amal yang tidak berterusan.


kita yang akan menggerakkan umat ini.
perlu teruskan, jangan berputus asa walau terasa diri tak mampu.
Yakin pada Allah.
Allah pasti bantu hambanya untuk meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah SAW.

ِPesanan Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah, seorang mujahid dakwah, daie sejati.

،في اي الأرض تسكن '
.هناك الدعوة تعلى'

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu." 

.يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وطاعتك


wallahu taala a'lam.







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Monday, 3 March 2014

uneasy


Bismillah.

Semakin lama berjalan di bumi ini.
Terasa nafas semakin sesak.
Sesak menghirup nafas dosa+dosa+dosa seharian.
Sesak nafas melihat umat ini ditabur kelekaan.
Sesak nafas terasa peranan diri tidak wujud.
Lebih tenat nafas ini.
andai umur yang berbaki masih tidak sedar untuk dimanfaatkan.

Allahurabbi.
"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar dimenangkan Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi. (28)
Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan Nya. Pada wajah mereka nampak tanda-tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka (yang dinyatakan) dalam Taurat dan sifat-sifat mereka (yang dinyatakan) dalam Injil iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat, lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati-hati orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan megerjakan kebajikan di antara mereka, keampunan dan pahala yang besar." (29)

Faham.
perlu bertindak menjadi agen yang berkualiti dalam menggerakkan Islam.
sentiasa teguh menegakkan akidah seperti pemuda Kahfi.
memartabat ilmu dengan cahaya Nya seperti didikan Nabi Khidir terhadap Nabi Musa.
seterusnya,
menjadi khalifah yang capable mengemudi jalan dakwah ini.
seperti Zulkarnain yang di beri kuasa pemerintahan yang luar biasa oleh Allah SWT.

kadang penat.
walau tahu..penat yang tidak ada nilai dengan bandingan syurga Allah.
kadang kekangan masa.
walau sedar masa yang ada masih dipadatkan dengan sia-sia semata.
kadang pening.
pening memikirkan urusan manusia yang sentiasa bertambah.
walau tahu bergerak kerja dengan manusia adalah wasilah menujuNya.
kadang berfikir tak berhenti.
walau tahu perlu yakin kepada Allah dalam setiap tindak tanduk.

tarik nafas.
Alhamdulillah.

perlu sentiasa optimis di jalan juang ini.
moge Allah pandu hingga ke syurgaNya.
moge Allah nilai walau sedikit tindakan.
moge Allah pandang. walau hina sekali aku mengharungi jalan yang mulia ini.
='(

last but not least, 
moge mereka yang sentiasa tsabat dan faqih terus menemani di ruang dan peluang ini.
'kekuatan kita terletak pada kebersamaan kita'
berpimpin tangan menuju Mardhatillah.
Fly to Allah!







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Monday, 17 February 2014

#1st risalah


Dakwah Dalam Membentuk Keluarga Sakinah

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya (sakinah), dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum ayat 21)

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa orang anggota keluarga. Dalam paradigma berkeluarga seorang muslim, berkeluarga bukan hanya sekadar membentuk keluarga saja, namun motivasi berkeluarga haruslah dilandasi dengan motivasi untuk beribadah kepada Allah, menjaga kesucian diri, dan merealisasikan amal bahawa berkeluarga adalah menegakkan hukum-hukum Allah di muka bumi. Hal ini menjadikan fokus dalam berkeluarga adalah meningkatkan kualiti ruhiyah, fikriyah, nafsiyah (emosi kejiwaan), jasadiyah, dan sosialisasi setiap anggota keluarganya. Membangun keluarga sakinah mawadah wa rahmah adalah sasaran yang ingin dicapai seorang muslim dalam membentuk keluarga. Dari situlah akan lahir peribadi Islam dan keluarga sakinah sesuai mengikut al-Quran dan Sunnah.

Setiap anggota keluarga memiliki peranan masing-masing. Pembahagian tugas amat penting dalam menguruskan rumah tangga yang dibina.  Rasulullah bersabda, “Seorang suami adalah pemimpin ke atas seluruh ahli rumahnya. Seorang isteri adalah pemimpin atas suami dan anaknya.” (HR Bukhari - Muslim)
Dalam hadits tersebut telah jelas peranan seorang suami adalah sebagai pemimpin ke atas seluruh anggota di rumahnya sedangkan seorang isteri adalah pemimpin ke atas suami dan anaknya. 

Peranan Ayah
Imam Al-Ghazali mengatakan,“Anak adalah amanat untuk kedua orang tuanya. Hatinya yang suci adaah mutiara yang masih mentah, belum mudah cenderung kepada segala sesuatu. Apabila dibiasakan dengan kebaikan, maka dia akan tumbuh dalam kebaikan itu, begitu pula sebaliknya. Oleh itu, memberikan pelajaran agama sejak kecil merupakan kewajipan orang tua kepada anaknya dan merupakan hak untuk anak ke atas orang tuanya, maka jika orang tuanya tidak menjalankan kewajipan ini berarti mensia-siakan hak anak. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah (bertauhid). Ibu bapanyalah yang menjadikanya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR Bukhari Muslim)

Dalam sebuah keluarga, Ayah memiliki peranan yang penting iaitu sebagai seorang pemimpin ke atas seluruh anggota keluarga. Seorang ayah harus bertanggung jawab mendidik isteri, anak-anak, juga seluruh anggota dalam rumah tangga. Selain tugas seorang ayah untuk mencari nafkah yang halal, ia juga menjadi teladan yang baik bagi keluarga. Firman Allah dalam surat Al-Furqan ayat 74: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi golongan orang-orang yang bertaqwa.

Peranan Ibu
Seorang Ibu memiliki peranan yang besar dalam mendidik anak. Ibu adalah pembantu ayah dalam rumah tangga. Ia adalah madrasah, sebagai sekolah pertama bagi anak-anaknya. Peranan ibu di dalam mendidik anaknya dibahagi kepada tiga tugas penting, iaitu ibu sebagai orang yang memenuhi keperluan anak; ibu sebagai teladan atau “model” anak dan ibu sebagai pemberi stimulasi bagi perkembangan anak. Sebagai seorang ibu, ia perlu menyediakan waktu bukan saja untuk selalu bersama tetapi untuk selalu berinteraksi maupun berkomunikasi secara terbuka dengan anaknya. 

Kekuatan rohani dan jiwa adalah didikan yang menjadikan anak mengerti kewajiban kepada Allah dan Rasul-Nya. Selain itu, ia juga mencakupi mendidik anak dengan sikap berakhlak mulia, beragama, menyayangi saudaranya dan hormat terhadap ayah dan ibu.

Peranan Anak
Anak adalah pemberian Allah kepada manusia. Dalam sebuah keluarga, seorang anak memiliki kewajipan untuk berbakti kepada orang tua. Berbakti kepada kedua orang tua merupakan taklifan yang utama dalam kehidupan manusia di dunia.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Kulaib bin Manfa’ah, dari saudaranya bahawa dia menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya,“Wahai Rasulullah, kepada siapa aku berbakti?” Beliau menjawab,”Kepada ibumu, bapamu, saudara perempuanmu, saudara laki-lakimu, walimu yang mewakili semua itu,sebagai suatu hak yang wajib (dilaksanakan) dan tali silaturahim yang bersambung.”

Berbakti kepada orang tua adalah kewajipan setiap Muslim yang diwajibkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas setiap hamba-Nya. Seorang anak perlu memiliki peranan untuk melakukan tarbiyah dzatiyah iaitu membina diri untuk menjadi anak yang soleh sehingga menjadi keuntungan bagi kedua orang tuanya di akhirat kelak. 

Dakwah  dalam Keluarga Sakinah
Pembentukan keluarga sakinah mengikut dakwah Islamiyah dibahagikan mengikut tahap-tahap tertentu. Imam Hasan al Banna membahagikan tahap-tahap dakwah menjadi tujuh ciri yang dikenali sebagai maratibul amal. Dengannya dapat memperbaiki diri sehingga memiliki 10 sifat-sifat mulia iaitu aqidah yang mantap, ibadah yang benar, badan yang sihat, akhlak yang kukuh, wawasan yang tinggi, mampu berdikari, mampu mengendalikan hawa nafsu, pengurusan waktu yang baik, teratur dalam urusan dan bermanfaat terhadap orang lain.

Syaikh Mustafa Masyhur dalam kitabnya Fiqh Dakwah menyatakan bahawa rumah tangga muslim yang sejati sepatutnya menjadi pusat dakwah Islam. Setiap anggota keluarga wajib menjadi pendakwah dan menyeru orang-orang sekelilingnya ke jalan Allah, dengan penuh kesabaran, hikmah dan nasihat yang baik sehingga mampu menyumbang penambahbaikan kepada masyarakat sekitarnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.Sesungguhnya Rabbmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl ayat 125)

Seseorang itu tidak akan mampu untuk hidup sendirian dan terpisah dari masyarakat. Nilai-nilai dakwah tidak akan mudah diserap ke dalam jiwa anak-anak jika hubungan kemasyarakan tidak terjalin. Oleh sebab itu setiap anggota keluarga Islam diharuskan memiliki semangat berdakwah yang tinggi sesuai dengan peranan utama setiap muslim iaitu sebagai dai'e di bumi Allah.

Suami perlu mengatur waktu yang seimbang untuk beribadah kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala, mendidik keluarga serta memelihara hubungan bersama isteri dan anak-anak. Selain itu, suami juga perlu meluangkan waktu untuk ummah, sebagai contoh memberi ceramah, mengikuti pengajian, terlibat dengan pengurusan masjid, bergaul dengan jiran tetangga dan mencari nafkah. Begitu juga dengan isteri yang mana suami perlu memberi kesempatan kepadanya untuk terlibat di jalan dawah ini serta memperbaiki muslimah disekitarnya dan menjadi dai’yah bagi masyarakat sekitar. 

Justeru, peranan dakwah dalam membentuk keluarga sakinah amat penting dan seharusnya setiap daripada Muslim saling menggembleng tenaga dalam meneruskan rantaian dakwah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Impaknya, akan lahirlah umat yang berkualiti dan sifat kehambaan yang tinggi sesuai dengan firman Allah di dalam surah Assyura 48: Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan risalah (apa yang diperintahkan kepadamu).

Wallahua'lam.

#first risalah untuk Majlis Liqa' Ruasa Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)
tema: nilai kekelurgaan.

Allah.berikan kami ilmu yang bermanfaat.
semoga Allah beri kesempatan lagi untuk menulis risalah.
Allahumma Amin.

baca dengan wehdatul fikr, faham dan amal.
=)








♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Tuesday, 11 February 2014

Walimah sahabat


Assalamualaikum.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.Allah beri kesempatan ke walimah sahabat sekolah dulu kala.
Rasyiqah Abdul Rahman.
orang yang paling banyak berahsia antara kami. -_-
apepun =)
Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka Alaikuma Wa Jamaah Baina Kuma Fii Khair.
Masha Allah, perkenalan zaman sekolah hingga ke Baitul Muslim.
Mabruk syiqa and zauj =)




check maratib amal:
1) Individu Muslim
2) Baitul Islam
3) Masyarakat Islam
4) Kerajaan Islam
5) Daulah Islam
6) Empayar Islam
7) Ustaziyatul Alam.

Allah.lepas dah sahabat sorang ni menuju Baitul Muslim.
kita2 yang masih di step individu muslim, kena siap sedia menuju langkah seterusnya.
perlu mantapkan solat berjemaah.ibadah nafilah.akidah yang mantap.jiwa yang kuat dengan Allah.
bekalan ilmu secukupnya.
dan banyak lagi.

bila jumpa sahabat2 lama.
otw ke walimah syiqah.
macam2 kisah zaman sekolah diulang cerita semula.
hinggalah cerita sekarang.
yang paling tak lupa.
niza and eqin.
mereka2 yang bakal berkampung halaman dengan orang2 pantai timur.
masing2 keluarkan pro n cons kalau berkahwin dengan orang jauh.
alahai,
apesal jauh sangat mencari.
cari 1 selangor kan mudah. =)

apepon,start doa dari sekarang.
 "Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa" 
-surah al-Furqan : 74


throwback gambar lama masa di sekolah dulu.
'jubah kontroversi' masa form 2

jamuan asrama form 3

dulu budak2 lagi..

sekarang... =)

anis, lily, lala, mia, mun yang tak dapat datang.
jangan berkecil hati ye.
next turn kite semua pegi ^_^
mungkin niza or eqin???

Dear Danisashilaharafawananiqin,
semoge kite semua sama2 memimpin and dipimpin dalam berukhuwah.
hingga ke syurgaNya.
Amin =)
sayangsemua!

#reminder: lock the date - 05 Syawal 2016. 11 am.
reunion semula di tempat pertemuan kali pertama.
SAMTAK. =)

Semoga Allah redha persahabatan ini.
=)







♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥