Tuesday, 15 October 2013

bangkit pejuang!


Assalamualaikum w.b.t.

Dulu.masa sekolah menengah.
sekolah tarbiyah.
=')
ada ustazah pesan.
ingat lagi masa tu form 4.
pesan ustazah.
"jaga masa remaja kamu.
siapa kamu 5 tahun akan datang.
cerminan diri kamu sekarang."

reflect semula dengan keadaan sekarang?
Allah..
serius, sama..
cuma waqi' (kedudukan) dan hal (keadaan) saja yang berbeza.
terfikir tak? kalau dulu masa umur 16- sampai sekarang.
penuh dan padat fuel Tarbiyyah.
usrah dengan guru kelas.
usrah dengan murobbi.
adakah sekarang masih dengan tarbiyah jugak?
angguk kepala.

tapi sampai bila dengan tarbiyyah dan berada dipihak menerima sahaja????
berfikir dan kerut dahi..
memang.
memang dah lama rasa selesa dengan keadaan ni.
-_-


"sampai 1 tahap. enti perlu berada di pihak yang memberi"


tunduk.pandangan jatuh ke lantai.
-_-

AllahuRabbi.
memang nampak normal kalau sedang melalui situasi ni.
hakikatnya.
kekuatan itu remuk andai berfikir tanpa bimbingan Nya!


"tiba masa enti perlu berada dalam gerak kerja/medan yang sebenar.
waktu inilah segalanya akan diuji. setiap keadaan, enti mesti rujuk pada auliyat.
antara study/discussion dan membuat usrah untuk adik2.
mana lebih aula?
antara meeting dan kelas talaqi yang enti tak pernah miss.
sanggup ke enti tinggalkan untuk hadir meeting?
kawan2 habis kelas, balik hostel berehat.study.
enti kat kampus sibuk lagi dengan kerja yang tak ada kaitan dengan kuliah.
enti sanggup berkorban?"


menangis laju2.
air mata kejahilan.
air mata keinsafan.
air mata pendosa.
pengharapan.
kebergantungan.
sungguh.
pada Allah subhanahu wataala.


"chill, relax je.
kalau tak boleh buat.undur diri je la.ramai dapat dean list bila fokus dengan study je"


sungguh hambaNya yang kuat sahaja.
yang akan terus menuju sirat almustaqim Nya.
tapi, pendosa ni..tak.

mungkin. karat2 jahiliyah dalam diri.
penyebab utama diri ni sukar menerima proses perubahan baru.
='(

bukan tak mahu.
tapi proses ni terlalu sukar.
kita sentiasa berada di pihak memberi sahaja.


"tapi jangan lupa, sebab tu ada usrah untuk kita topup balik.jangan tinggal usrah"


Allah, beri aku kekuatan.
jika dulu, kekuatan menghadapi proses meninggalkan sikap jahiliyah.
sekarang.
kekuatan menghadapi pelaksanaan kerja dakwah.
orang2 hebat di sekeliling pernah menghadapi proses yang sama.
cuma bagaimana kita untuk menghadapi situasi ini.

sebab itu As-syahid Imam Hasan Al-Banna telah menfokuskan muwassafat tarbiyah yang perlu ada pada kader daakwah.


solution,
teladani ciri muwasofat tarbiyah ni.
cari kekuatan melalui sahabat2 perjuangan.
yakin dan terlalu yakin dengan nas2 yang menceritakan tentang perjuangan ni.
in sha Allah. Allah will guides us.
=')


Sentiasa tajdid niat.
ikhlaskan hati.
berlapang dada.
biasakan diri dengan perjuangan Islam.
Moge Allah bantu dan redha dalam setiap amal untuk Islam.

paling penting.
siap sedia.
berkorban
nyawa.
masa.
wang.
tenaga.
perasaan.
demi m'izzahkan Islam.
Salam Eidul Adha 1434H.
=')


♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Friday, 4 October 2013

"Allahmemilihkamu"


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih diberi ruang nafas untuk hidupkan blog ini.
jangan difikir kenapa dan sebab dah lama tak update blog ni.
Allahurabbi,masa di kampus lebih diaulakan dari alam maya.
^_^

menjurus kepada asal2 topik. 
'Allah memilih kamu'.
sangat percaya dan yakin.
masuk sem baru ni.terlalu banyak taklifan yang wajib dilaksanakan.
bukan setakat gerak kerja dakwah bahkan, organisasi course itu sendiri.

Alhamdulillah, suka dan terlalu suka melihat sahabat2 QM sem 3 ni.
pimpinan baru.
agenda baru.
hamasah baru.
komitmen baru dari semua.
baik muslimin mahupun muslimat.
dan yang lebih cinta.
penyatuan hati yang baru.
melihat sahabat2 pergi bertalaqi kitab ramai2.
berjalan kaki jauh ke Fakulti Ekonomi.
semata untuk menuntut ilmu.
Allahurabbi.
yang bertambah syukur lagi.
melihat sahabat baik.
mula memakai tudung yang lebih labuh.
Alhamdulillah.
=')

buat sahabat2 yang baru dipilih Allah untuk bergerak kerja dalam organisasi.
surah al-Hajj menjadi saksi mengapa Dia telah memilih kamu.




"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu dan begitu pula dalam Al-Quran ini, agar Rasul(Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah.Dialah Pelindungmu.Dia sebaik-baik pellindung dan sebaik-baik penolong."

Surah al-Hajj: 78. m/s 341

apabila Allah telah membuka jalan dan ruang untuk kita bekerja dalam Islam.
maka laksanakan sebaik mungkin dan pasti.
Allah akan mudahkan.

kurangkan.
malah lebih baik jika hentikan seketika hal2 kendiri kita.
fikirkan bersama.
apa yang boleh aku sumbangkan pada organisasi ini.????
=')


ayuh, sahabat.
terus menjadi kencang dan maju kehadapan.
laksanakan progam2 yang mampu menghidupkan ruh2 dan jiwa islam kita
sehingga mampu memberi manfaat pada orang sekeliling kita!
=)

akhiru kalam, selamat bergerak kerja.
refresh niat lillahi ta'ala.



dan paling penting.
nasihat dan saling tegur-menegur andai diri ni tersilap langkah.



wassalam ^_^



♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥