Sunday, 21 July 2013

Mara di jalan ini


Assalamualaikum..

Bila mana akal teringat..
tulislah.
agar tak lupa.
Bila mana Allah gerakkan hati untuk berfikir..
taipkan.
agar insan lain mengambil manfaat tentangnya..
Mungkin kali ini sahaja Allah beri peluang untuk kita berfikir dengan hikmah.



Teringat Kekasih Allah..
ucap ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD.

Baru-baru ni, ada satu 'pemikiran baru' yang membuatkan diri ni berfikir berulang-ulang, tak sudah-sudah mencari konklusi dan ibrah..
Begini, seperti yang kita maklum..
fenomena di Malaysia sekarang ni, terlalu banyak progam-progam mengingati Rasulullah, 
Qasidah2 yang merdu alunannya, 
Malam cinta Rasulullah.
golongan al-Habib (keturunan Rasulullah) yang banyak menyedarkan kita tentang Sunnah2 Rasulullah.
rancangan tv Laukana Bainana, Fattabiouni.
dan bermacam2 lagi inisiatif yang menunjukkan masyarakat kita mulai sedar akan cinta Rasulullah..
Alhamdulillah 
Ya Rasulullah SAW..

"Tapi sejauh mana ukuran cinta kita pada Rasulullah..??"

ok. yang ni ayat yang sangat menyentap hati ni.
Rasanya sepanjang berprogram minggu lepas.ayat ni telah membuatkan hati ni borgolak dengan cukup hebat memikirkan, sejauh mana cinta aku pada Rasulullah????
=(

Sedangkan sirah perjuangan Nabi pun tak hadam dengan baik..
Perang2 yang nabi ikut Badar, Uhud, Khandak 
Orang tanya pun tak boleh nak cerita
Inikan pula peristiwa hijrah Rasulullah.
Siapa yang membantu Nabi dan Saidina Abu Bakar ketika di Gua Tsur?
Ya Rasulullah, 
retorik cinta ku pada Mu..




Lalu, datanglah seorang hamba Allah yang cukup berpengalaman di medan dakwah dengan menyatakan..

"Sebenarnya entum semua tak layak nak menyatakan cinta entum pada Rasulullah SAW selagi entum tak merasai sendiri pahitnya perjuangan Rasulullah"

Sambungnya lagi..

"Cinta pada Rasulullah yang sebenar adalah entum menyatakan kesediaan entum untuk meneruskan dakwah Rasulullah dan berjihad di jalah Allah"

uhhh,
Allah..tersiat-siat hati ni mendengar.
tersedar..
Masih belum cukup kita ini dikatakan cinta pada Rasulullah selagimana kita tidak menjadi mata rantai dakwah yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah untuk ummat ini..

Perumpamaan yang lebih jelas lagi.
kita perlu membuktikan cinta kita pada Rasulullah dengan meneruskan kerja2 dakwah ini.
sama seperti orang yang bercinta.
tak mungkin hanya menyatakan kasih, rindu semata.
tapi perlu di tatbiqkan dengan perbuatan yang sebenar!

Ya, 
memang perlunya kita menggalakkan majlis2 memperingati Rasulullah SAW, maulud Nabi
Tapi kita tidak mahu ummat ini terbuai dengan perasaan rindu, cinta sahaja
Hakikatnya ramai yang lari dari medan perjuangan ini.





Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Aku. nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.







Maksudnya: Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.



Syabab.
Fatayat.
kau lah yang bakal meneruskan dakwah Rasulullah.
Pasakkan di dadamu.
Akulah pejuang agama.
Lengkapkan diri 'pejuang agama' itu dengan senjata ilmu.
peluru2 akidah yang benar.
anak panah dalil dan hujah yang sahih dari al-Quran dan Hadis.
kalau lagi yang selari dengan zaman ini.
peluru berpandu yang boleh menghancurkan musuh2 Islam.



Sedarkan diri.
Sejauh mana cinta kita sebagai hamba pada Allah dan Rasulullah.
Perbaiki lagi.
di mana kepincangan dan kekurangan yang perlu hamba hina ini perbetulkan.
Jangan anggap.
"er, ni bukan kerja aku..aku tak layak nak berdakwah."
Jangan sangka.
"Malaysia ni aman lagi. tak ada la krisis peperangan macam kat negara2 Arab sekarang."

Tapi, lihat!
kita diperangi oleh lambakan fikrah, idealisme yang parah.
ummah tenat..
perlunya kita sedar..
sedar dan hadapi dengan ilmu..




Akhir sebagai peringatan untuk diri.
Perbanyakkan selawat dan memperingati Rasulullah.
Selagi mampu, zahirkan dengan perbuatan.
Moga syafaat Baginda mengiringi kita, hamba hina. 
di akhirat kelak.


wallahua'lam.


♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥

Saturday, 20 July 2013

Keutamaan bulan Ramadhan


Assalamualaikum,

Penenang Jiwa.. (terjemahan dari kitab 'Mukashafah al-Qulub ~ imam al-Ghazali')
buku ni sangat membantu bagaimana nak rawat hati yang penuh debu2 and habuk2 dosa ni.
buku ni since form4 lagi dah habis bace..
tapi sampai sekarang masih ulang2, and baca banyak kali..
Antara tajuk-tajuk kecil yang banyak beri vitamin2 pada 'hati' ni adalah: Takut kepada Allah, Bertaubatlah, Tipu Daya Dunia, Kepedihan Maut, Rasulullah SAW Wafat dan banyak lagi.
Memangpun, seorang ustaz pernah pesan. banyakkan baca buku2 pasal 'hati' terutama tasawuf.
tapi tasawuf ni kalau boleh berguru, takut tersalah kefahaman.. kalau baru nak mula and kenal tentang tasawuf..baca buku yang senang nak faham dulu, macam buku penenang jiwa ni.. =)




Antara tajuk dalam kitab ni yang boleh dikongsikan adalah 'Keutamaan bulan Ramadhan'. Sebagai reminder kita perlu ulang-ulang dan tambah bahan bacaan tentang puasa, walaupun tiap tahun dah lalui benda yang sama. Tapi berharaplah supaya sedikit ihtimam kita ini, Allah akan kurniakan sesuatu yang bermakna untuk Ramadhan kali ni.. In sha Allah.





Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu.
 ~ Surah Al-Baqarah : 183

Al-Bughawi mengatakan, Ramadhan itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan kerana manusia berpuasa di waktu yang amat panas dan dikatakan juga Ramadhan itu dapat membakar dosa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
'Ketika malam pertama bulan Ramadhan, semua pintu Neraka ditutup. Dan Allah memerintahkan juru panggil yang memanggil " wahai pencari kebaikan, menghadaplah! wahai pelaku kejahatan, hentikanlah!" kemudian dia berkata "setiap yang mohon keampunan akan diampuni, setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannya dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya. Tak hentinya dia selalu mengatakan demikian sampai datang subuh dan setiap malam I'dul Fitri, Allah membebaskan setiap orang dari Neraka yang mestinya mendapat seksa."




Dari Salman al-Farisi ra, dia berkata "Rasulullah berkata kepada kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda bersabda:

"Wahai sekalian manusia, akan datang kepadamu bulan yang disitu terdapat malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam. Allah telah mewajibkan puasanya dan mensunnahkan ibadah malamnya. Siapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar dengan satu macam dari satu kebaikan, sepertinya dia melakukan ibadah wajib pada bulan lainnya. Dan siapa melakukan ibadah wajib, ia seperti orang yang melakukan tujuh puluh ibadah wajib di bulan lainnya. Dia itu bulan sabar. Pahala sabar adalah syurga. Ia bulan di mana rezeki orang mukmin ditambah. Siapa memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat (pahala) memerdekakan budak dan ampunan bagi dosanya." kami bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak setiap kami menemukan sesuatu untuk berbuka"
Baginda bersabda: "Allah memberi pahala kepada orang yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa seteguk susu atau air atau sebiji kurma. Barangsiapa memberi makan hingga kenyang orang yang berpuasa, ia akan mendapatkan ampunan bagi dosanya dan Tuhan akan memberinya minum dari telagaku seteguk hingga tak akan haus selamanya. Dan untuknya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa kurang sedikit pun. Itulah bulan yang awalnya penuh rahmat, tengahnya penuh ampunan dan akhirnya pembebabasan dari Neraka. Siapa yang memberatkan hamba-Nya pada bulan itu, Allah akan memerdekakannya dari Neraka."

Dalam hadis lain Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramdhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya iaitu: bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik, para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata, "Hamba-hamba-Ku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit." Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan"

Maaf sekiranya agak sukar untuk memahami ayat terjemahan di atas,ini untuk menjamin sumber dan terjemahannya yang kekal. =)
Hakikatnya, terlalu banyak ganjaran dan pahala yang Allah beri dalam Madrasah Ramadhan ni.
Tarik nafas dalam-dalam.
Tapi yang menyedihkan bagaimana pelaksanaan kita sebagai hamba dalam menghidupkan Ramadhan kali ini.
pasti ada cacat dan tempang.
=(
Allah.











Antara kalam hikmah Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar al-Hamid, pemimpin Majlis Ta'alim Darul Murtadza tentang pelaksanaan kita sebagai hamba di bulan Ramadhan ini.





in sha Allah, didik hati sentiasa berusaha menambah kefahaman tentang fadhilat dan hikmah di bulan yang mulia ini. Andai terdapat kemusykilan atau keraguan tentang sesuatu hukum ketika berpuasa atau beribadah dalam bulan ini, bersegeralah untuk bertanya kepada yang lebih faqeh!
supaya jahiliyah itu tak bersarang hingga tiba Ramadhan seterusnya.. =(






♥ KESUNYIAN MEMBAWA SEORANG HAMBA KEPADA RABBNYA ♥